Tuesday, May 24, 2016

BENGKEL KERJA VERIFIKASI DATA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) UPSR 2016 MELALUI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua Guru Besar SK/SJKC/SJKT
Sekolah Daerah Kinta Utara

Tuan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan mengadakan Bengkel Kerja Verifikasi Data PPT dalam SAPS bagi penyelarasan data PPD dan JPN. Bengkel ini akan dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut : 
               Tarikh          :   26 Mei 2016 (Khamis)
               Masa           :   2.30 petang hingga 5.00 petang
               Tempat       :   Dewan Besar PPD Kinta Utara
               Keperluan  :   Komputer riba, wayar penyambung dan Dongle Yes
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan Setiausaha Peperiksaan Dalaman UPSR menghadiri bengkel tersebut bersama sesalinan borang (head count) lengkap diisi seperti (Lampiran A). Sila klik `attachment`.
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Salehuddin bin ZainanPen. PPD Bahasa Melayu (R) di talian 013 3330057. Segala kerjasama daripada pihak tuan terhadap perlaksanaan bengkel ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
 b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
klik borang: KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment